Ahli UMNO Beaufort jangan terpedaya isu jejaskan kredibilitinya – Siti Aminah

BEAUFORT: Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Siti Aminah Aching meminta ahli-ahli Umno di bahagian ini jangan terkeliru dengan isu yang dimainkan pihak tertentu untuk menjejaskan namanya menjelang pemilihan Umno Bahagian Beaufort pada 18 Mac ini.

Katanya, isu yang sengaja dimainkan termasuk soal suku kaum babitkan Bisaya dan Brunei dan dakwaan pelantikan orang luar sebagai pegawai parlimen.

“Saya berharap  hal-hal seperti ini tidak harus dijadikan isu untuk mencemarkan nama dan kredibiliti saya di kawasan khususnya menjelang pemilihan Umno bahagian,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Aminah yang akan bertanding jawatan ketua bahagian dalam pemilihan kali ini menjadi sasaran serangan pihak tertentu semata-mata untuk menjejaskan namanya bagi menggelirukan perwakilan.

Katanya, ahli Umno Beaufort khususnya para perwakilan perlu membuat pemilihan bijak memandangkan pendiriannya untuk bertanding adalah memperkukuhkan parti di bahagian ini di samping memastikan ahli-ahli Umno sentiasa diberi perhatian yang sewajarnya.

“Matlamat saya bertanding jawatan ketua bahagian atas kesedaran untuk memperkasakan parti, memperbaiki kelemahan agar ia sentiasa relevan dan ahli-ahli Umno tidak tersisih setiap masa,” ujarnya.

Beliau berkata, pihaknya sedar ahli-ahli Umno telah memberi sokongan padu kepadanya pada pilihan raya umum yang lepas dan sangat menghargainya dan mengucapkan terima kasih.

“Saya perlu berusaha melakukan sesuatu yang terbaik untuk membalasnya, sebab itu harapan saya mereka tidak terpedaya dan dikelirukan dengan isu-isu negatif yang tidak memberi manfaat kepada parti,” tegasnya.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi berharap pihak-pihak tertentu supaya menghentikan memainkan isu-isu sedemikian boleh kerana menjejaskan keharmonian masayarakat di kawasan.

“Saya akan memberi perhatian dan sentiasa peka terhadap hal-hal di kawasan kerana rakyat dan ahli-ahli Umno sentiasa menjadi keutamaan saya, insyaAllah,” katanya.

Aminah juga mahu para perwakilan tidak lagi mudah terpedaya dan dikelirukan sebaliknya dapat memilih seorang ketua bahagian yang boleh melakukan perubahan, memberi kekuatan kepada parti serta mampu menjaga kepentingan dan masa depan ahli