KENINGAU: Universiti Malaysia Sabah (UMS) melangkah ke hadapan dalam penyelidikan apabila Pusat Penyelidikan Makanan Ternakan AFEEDRI di EcoFarm UMS, Apin Apin, dirasmikan oleh Naib Canselor UMS, Prof Datuk Dr Kasim Mansor.
Penubuhan AFEEDRI disifatkan sebagai langkah strategik menjadikan EcoFarm UMS hab penyelidikan makanan ternakan, pertanian pintar dan agro bioindustri berimpak tinggi.
Pusat ini turut menjadi platform kolaborasi universiti–industri, menyokong agenda keselamatan makanan dan kelestarian sektor agro di Sabah.
Majlis turut menyaksikan pelanjutan MoA UMS–Hafiz Farm serta penganjuran Hari Industri EcoFarm yang menghimpunkan industri, agensi, penyelidik dan pelajar.
Kerjasama ini dijangka merancakkan ekonomi ternakan Sabah dan memberi pendedahan praktikal kepada pelajar UMS.
