SHAH ALAM: Dr. Fatimah Sabrina Mohammad, anak jati Sabah dan doktor perubatan, menerima Anugerah Inspirasi Kecemerlangan OKU Nusa UiTM (AIKON) 2025 pada peringkat kebangsaan semalam.
Pengiktirafan itu diberikan sempena Majlis Sambutan Hari OKU Universiti Teknologi MARA (UiTM) di AEON Hall, Shah Alam, atas sumbangan dan kepimpinan beliau dalam memperkasakan komuniti OKU melalui inisiatif kesihatan, pendidikan dan advokasi dasar.
Dr. Fatimah, yang merupakan OKU fizikal sejak 2015 dan kini pelajar PhD di Universiti Malaysia Sabah (UMS), juga aktif memimpin Persatuan Alzheimer Sabah serta Sekretariat Wanita Profesional Malaysia, membuka peluang kepada golongan OKU dan kumpulan rentan untuk penyertaan lebih inklusif dalam pembangunan negara.
