Ketua Wiranita STAR Bingkor letak jawatan

KENINGAU: Ketua Wiranita STAR Sabah Bahagian Bingkor merangkap Naib Exco Wiranita STAR Sabah Negeri, Jennifer Epil mengumumkan peletakan jawatan dan keluar daripada parti berkuat kuasa serta-merta.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat selepas pertimbangan yang teliti terhadap hala tuju perjuangan parti serta aspirasi semasa.

Menurutnya, sebahagian Ahli Jawatankuasa Wiranita Bahagian Bingkor turut mengambil keputusan sama.

Jennifer bagaimanapun menegaskan beliau akan terus berbakti kepada rakyat dalam kapasiti yang lebih sesuai.