PENAMPANG: Wakil Papar, Gelvia Vanessa Jenny muncul juara Pertandingan Akhir Unduk Ngadau Kaamatan Peringkat Negeri Sabah 2026 yang berlangsung di Hongkod Koisaan, Penampang.
Beliau menewaskan peserta dari pelbagai daerah bagi merangkul gelaran berprestij yang menjadi acara kemuncak sambutan Pesta Kaamatan setiap tahun.
Naib johan dimenangi Juje Elor @ Francis dari Tuaran, manakala tempat ketiga menjadi milik Criszbellkah Lorris dari Matunggong.
Liane Melve Grace Lias (Bandaraya Kota Kinabalu), Kerishine Danil (Pagalungan), Gadrette Gregory (Penampang) dan Myra Evana Robert (Sook) masing-masing melengkapkan kedudukan tujuh terbaik pertandingan.
Unduk Ngadau merupakan simbol penghargaan terhadap warisan budaya dan tradisi masyarakat Sabah serta terus menjadi antara acara paling dinantikan dalam sambutan Kaamatan setiap tahun.
