KOTA KINABALU: Permohonan pendaftaran Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) bagi syarikat pengangkutan darat barangan di Sabah, Sarawak dan Labuan akan dibuka bermula 4 Mei ini.
Menurut kenyataan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup berkata, pelaksanaan itu membolehkan syarikat yang layak menikmati subsidi diesel pada kadar RM2.15 seliter.
Menurutnya, permohonan boleh dibuat melalui portal MySubsidi bermula jam 9 pagi, manakala pembelian diesel bersubsidi akan dilaksanakan menggunakan kaedah fleet card.
Beliau berkata, antara syarat kelayakan termasuk memiliki Lesen Kenderaan Motor yang sah dan aktif, berdaftar dengan LPKP, serta syarikat berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia.
Tambahnya, pemohon juga perlu berdaftar dengan pihak berkuasa tempatan atau Suruhanjaya Koperasi Malaysia serta tersenarai dalam kategori kenderaan yang diluluskan.
“Semua syarikat yang berkelayakan disaran menyemak syarat dan kategori yang ditetapkan bagi memastikan proses permohonan berjalan lancar,” katanya.
