RM559.85 juta diperuntuk tingkat sekuriti makanan Sabah – Hajiji

PAPAR: Kerajaan Sabah memperuntukkan RM559.85 juta kepada Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan (MAFFI) tahun ini bagi meningkatkan keterjaminan makanan dan kadar sara diri (SSR) negeri.

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor berkata peruntukan itu adalah sebahagian usaha memperkukuh sektor pertanian sebagai tonggak ekonomi negeri di bawah Pelan Sabah Maju Jaya (SMJ) 2.0.

Menurutnya, antara langkah yang diambil termasuk penubuhan Lembaga Padi dan Beras Sabah serta pembangunan jelapang padi di beberapa daerah.

Beliau berkata usaha tersebut penting dalam menghadapi cabaran global termasuk ketidaktentuan ekonomi dan geopolitik.

Tambahnya, kerajaan negeri akan terus melaksanakan pelbagai inisiatif bagi meningkatkan taraf hidup rakyat termasuk dalam aspek pendidikan dan kesejahteraan sosial.