Tanjung Labian diserbu, 5 ‘kantoi’ syabu

LAHAD DATU: Lima individu termasuk seorang wanita dicekup dalam empat serbuan berasingan Op Tapis di Kampung Tanjung Labian, Felda Sahabat, malam tadi hingga awal pagi ini.

Dalam operasi itu, polis turut merampas 0.88 gram dadah jenis syabu.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, ACP Dzulbaharin Ismail berkata, semua suspek ditahan kerana disyaki memiliki dan menggunakan dadah.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Beliau berkata, kejayaan empat serbuan dalam tempoh singkat membuktikan komitmen berterusan polis dalam membanteras dadah di Felda Sahabat.