KOTA KINABALU: Sabah FC muncul juara Piala Cabaran 2025/2026 selepas menewaskan Penang FC 4-3 menerusi sepakan penalti pada aksi final kedua di Stadium Likas.
Kedua-dua pasukan sebelum itu terikat agregat 1-1 selepas tamat perlawanan.
Perlawanan yang berlangsung di hadapan lebih 20,000 penyokong menyaksikan Sabah FC lebih menguasai permainan, namun Penang FC turut memberi tentangan sengit menerusi serangan balas pantas.
Kedua-dua pasukan bagaimanapun gagal memanfaatkan peluang yang dicipta sebelum perlawanan ditentukan melalui penentuan penalti.
Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata Kerajaan Negeri mengumumkan bonus RM700,000 sebagai penghargaan kepada Sabah FC atas kejayaan tersebut.
Beliau berkata, kemenangan itu mencerminkan peningkatan prestasi pasukan serta usaha berterusan dalam pembangunan sukan bola sepak di negeri ini.
