KOTA KINABALU: ADUN Tulid, Jordan Jude Ellron menegaskan pembangunan di kawasannya adalah hasil usaha berterusan termasuk tindakan susulan dengan agensi dan kementerian berkaitan.
Beliau berkata, projek seperti pembinaan surau, pembangunan SMK Tulid serta SK Lanas dilaksanakan melalui permohonan rasmi dan kerjasama dengan pihak berwajib.
Menurutnya, permohonan tujuh bangunan baharu untuk SMK Tulid telah dibuat sejak 2024 dan pihaknya terus berhubung dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) serta Jabatan Pendidikan Negeri Sabah.
“Jika tiada susulan, pembangunan tidak akan bergerak memandangkan KPM memproses permohonan seluruh negara,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau turut menegaskan bahawa usaha membawa menteri berkaitan turun padang adalah bagi memastikan projek berjalan seperti dirancang.
