Hampir 5,000 jemaah hadir solat Aidilfitri di Masjid Jamek An-Nur

LABUAN: Hampir 5,000 umat Islam menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Jamek An-Nur di sini, pagi tadi.

Solat tersebut dipimpin Imam masjid berkenaan, Che Mohd Faizal Che Malik, yang turut menyampaikan khutbah bertajuk “Mensyukuri Nikmat, Memelihara Takwa”.

Dalam khutbahnya, beliau berkata Aidilfitri melambangkan kejayaan umat Islam selepas menjalani ibadah puasa dan menundukkan hawa nafsu sepanjang Ramadan.

Beliau turut mengingatkan jemaah agar meneruskan amalan baik dan mengekalkan ketakwaan dalam kehidupan seharian.

“Kesyukuran perlu dizahirkan melalui amalan kebaikan seperti mengeratkan silaturahim dan menyebarkan salam,” katanya.

Dalam perkembangan sama, umat Islam turut diseru mendoakan kesejahteraan saudara seagama di Palestin yang sedang menghadapi ujian getir.