PUTATAN: Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Musa Aman dan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Noor menghadiri majlis berbuka puasa bersama warga Markas Divisyen Kelima Infantri Malaysia (5Divisyen) Kem Lok Kawi, di sini semalam.
Musa hadir bersama isterinya Toh Puan Faridah Tussin manakala Hajiji diiringi Datin Seri Juliah Salag.
Ketibaan kedua-dua pemimpin disambut Panglima Divisyen Infantri Kelima Mejar Jeneral Shamsor Jaafar bersama pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Majlis berlangsung dalam suasana mesra dengan kehadiran anggota serta pegawai tentera yang berkhidmat di divisyen berkenaan.
Turut hadir Ahli Parlimen Putatan Datuk Shahelmey Yahya, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Keramat Shah Alfie Yahya serta Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jauteh Dikun.
Program berbuka puasa itu mengeratkan hubungan antara kepimpinan negeri dengan pasukan keselamatan selain menghargai peranan anggota tentera dalam menjaga kedaulatan serta keselamatan negara.
