KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor menyeru anak Sabah yang berkelayakan supaya lebih terbuka menerima penempatan dalam perkhidmatan awam Persekutuan, termasuk di Semenanjung Malaysia.
Beliau berkata, langkah itu penting bagi memastikan lebih ramai anak negeri dapat menyertai dan menyumbang dalam sistem pentadbiran Persekutuan, selain membuka peluang pembangunan kerjaya di peringkat nasional.
Menurutnya, banyak jawatan Persekutuan telah ditawarkan dan dipohon oleh anak Sabah, namun ada yang menolak tawaran disebabkan faktor penempatan.
“Stigma tidak mahu bertugas di luar Sabah perlu ditolak. Penerimaan penempatan ini penting untuk memperkukuh peranan anak Sabah dalam pentadbiran negara,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menerima kunjungan hormat Pengerusi SPA Malaysia di Menara Kinabalu.
