Hajiji Umum pembubaran DUN Sabah hari ini

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, membuka laluan untuk pilihan raya negeri ke-17.

Pengumuman dibuat semasa majlis bersama wakil rakyat Gabungan Rakyat Sabah (GRS) di Menara Kinabalu, pusat pentadbiran kerajaan negeri, sebentar tadi.

Keputusan itu diumumkan oleh Ketua Menteri Hajiji Noor selepas mengadakan perjumpaan dengan wakil rakyat kerajaan di tempat sama awal petang ini.