PRN Sabah: Wanita, Beliawanis Gagasan Rakyat Api Api Berikan Sokongan Penuh Calon PRN17

KOTA KINABALU : Wanita Gagasan Rakyat Bahagian Api-Api akan menyokong siapa sahaja menjadi calon yang diputuskan oleh pucuk pimlinan parti pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ini.

Ketua Wanitanya, Salmi Sarinoh berkata, Wanita Gagasan Rakyat Ali Api akan terus berdiri teguh di belakang keputusan parti.

Emmie menyampaikan cendera kenangan kepada wakil negeri Harnie Hisab di persidangan Beliawanis Gagasan Rakyat Api Api.

Katanya, beliau yakin calon yang dipilih walau daripada parti mana pun dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) adalah individu yang terbaik untuk membawa suara rakyat dan memperjuangkan nasib

masyarakat di Dun Api-Api.

“Kita mesti bijak menilai, terus fokus kepada kerja parti dan tidak melayan provokasi yang hanya bertujuan memecah-belahkan kesatuan kita.

“Ingatlah kekuatan kita bukan sahaja terletak pada bilangan tetapi pada kesetiaan, keikhlasan dan keteguhan pendirian kita dakam mempertahankan perjuangan parti,” ktanya dalam kenyataan hari ini.

Salmi berkata, beliau menyeru agar jentera untuk memperkukuhkan kekuatan dalaman, menyusun langkah dengan lebih tersusun dan tampil berani  di medan perjuangan.

Sementara itu, Ketua Beliawanis Gagasan Rakyat Api-Api Emmie  Martin Idang berkata, walaupun bahagian Api-Api bukan kerusi milik PGRS sekarang, ia tetap medan strategik untuk menyebarkan pengaruh dan dasar perjuangan parti kita kepada masyarakat bandar.

“Kehadiran gerak kerja kita di sini akan membantu memperkenalkan PGRS sebagai parti yang inklusif dan prihatin kepada semua golongan bandar mahupun luar bandar.

“Bahagian Api-Api boleh berperanan sebagai “pusat penyebaran maklumat dan sokongan” bagi kawasan-kawasan lain,” jelasnya.

Menurutnya, ramai kalangan penduduk Kota Kinabalu yang bekerja serta menetap di Api-Api sebenarnya berasal dari daerah luar.

“Apabila kita mendekati mereka di bandar, secara tidak langsung kita turut mendekati keluarga dan kenalan mereka di kampung halaman.

“Sokongan yang kita pupuk di Api-Api boleh menjalar ke kawasan-kawasan lain di seluruh Sabah dan di situlah peranan kita sebagai agen penyampaian,” katanya.