Hujan berterusan tahap buruk di Sabah, waspada Sarawak hingga esok

KUALA LUMPUR: Hujan berterusan tahap buruk diramal di beberapa daerah di bahagian Sandakan, Sabah hingga esok, menurut Jabatan Meteorologi (MetMalaysia).

MetMalaysia menerusi kemas kini amaran dikeluarkan pada jam 5.45 pagi itu memaklumkan daerah yang dijangka terbabit ialah Telupid, Beluran dan Sandakan.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini menerusi laman web rasmi MetMalaysia, aplikasi mobil myCuaca dan laman media sosial rasmi jabatan itu selain menghubungi hotline MET Malaysia 1-300-22-1638 bagi sebarang maklumat lanjut.