LABUAN : Warga Labuan diseru mengibarkan Bendera Wilayah Persekutuan sebagai tanda patriotik sempena Hari Wilayah Persekutuan yang disambut pada 1 Febuari setiap tahun.
Timbalan Pengerusi Perbadanan Labuan, Simsudin Sidek berkata, kempen Kibar Bendera Wilayah dilancarkan serentak di tiga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

Katanya, ia bertujuan menyemarakkan semangat cintakan Wilayah Persekutuan disamping memperkukuhkan kebersamaan kalangan rakyat khususnya di tiga Wilayah Persekutuan.
“Selain itu ia juga bertujuan meningkatkan semangat kesedaran kepada penduduk Wilayah Persekutuan khususnya di Labuan.
“Kita menerapkan kebersamaan terhadap Bendera Wilayah Persekutuan yang menjadi simbolik penyatuan tiga Wilayah Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap melancarkan Kempen Kibar Bendera Wilayah Persekutuan sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2025 peringkat Labuan di sini kelmarin.
Kempen bermula Januari hingga Febuari 2025 menyediakan pelbagai program antaranya, Program Pencahayaan bandar Labuan dan menanam pokok.
Selain itu, gotong royong, forum Perdana, Karnival Wilayah dan aktiviti berbasikal.
Terdahulu Simsudin melepaskan acara Labuan Fun Walks 3 km dan Penyerahan Bendera Wilayah kepada Jabatan dan agensi kerajaan serta pemimpin masyarakat.thanks
