TAWAU : Seorang penganggur ditahan selepas dipercayai terlibat dalam kes pecah rumah di sekitar kawasan Tawau, di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Jasmin Hussin berkata, suspek seorang lelaki berumur 36, ditahan selepas polis menerima laporan kes pecah rumah.
Katanya, pengadu mendakwa rumahnya dipecah masuk sekali gus mendapati barang-barang termasuk laptop, telefon bimbit serta tabung berisi duit syiling miliknya hilang disyaki dicuri.
“Polis bertindak atas maklumat orang awam kemudiannya berjaya menahan suspek lelaki merupakan seorang penganggur di sini kelmarin.
“Semakan rekod jenayah lampau mendapati suspek pernah disabitkan dengan (07) seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, (01) seksyen 12(3) Akta Dadah Berbahaya dan (01) 506 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Jasmin berkata, suspek dibawa balik ke Ibu Pejabat Polis (IPD)Tawau serta akan disiasat dibawah seksyen 457 Kanun Keseksaan.
