Pembinaan Rumah Mesra SMJ, PPR selesaikan isu setinggan di Tawau – Nizam

TAWAU :  Pembinaan Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ) serta Program Perumahan Rakyat (PPR) merupakan inisiatif untuk membantu mangsa kebakaran rumah baru-baru ini.

Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri, Datuk Nizam Abu Balar Titingan berkata, kerajaan memandangan serius pembinaan lebih banyak Rumah SMJ dan PPR bagi memboleh rakyat memperoleh manfaatnya.

Nizam ketika dalam sidang media di sini semalam.

Katanya, kebakaran melibatkan lebih 80 buah rumah menyebabkan ramai penduduk kehilangan tempat tinggal.

” Hal ini menunjukkan pembinaan rumah SMJ dan PPR selaras dengan matlamatnya untuk mewujudkan lebih banyak program ini.

“Ini penting untuk kerajaan menyediakan perumahan kepada mangsa kebakaran ini agar mereka mempunyai tempat perlindungan,” katanya.

Nizam merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Apas berkata, beliau mencadangkan agar pihak kerajaan negeri perlu menambah jumlah rumah PPR untuk diberikan kepada mangsa kebakaran ini.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka terlibat membantu memberikan bantuan kepada mangsa kebakaran.

“Semoga mangsa kebakaran ini bersabar kerana kerajaan bersedia membantu mereka untuk mendapat rumah dalam tempoh terdekat,” jelas Nizam.