Ahli Parlimen Sipitang hadir Rumah Terbuka, Pegawai Akhbar Ketua Menteri

KOTA KINABALU : Ahli Parlimen Sipitang, Datuk Matbali Musah menghadiri Majlis Rumah Terbuka Krismas Pegawai Akhbar Ketua Menteri, Liaw Sin Kuang di Kampung Perpindahan, Sipitang, di sini semalam.

Matbali berkata, kunjungannya sempena Krismas di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sindumin dan Lumadan bagi mengukuhkan perpaduan serta kebersamaan bersama rakyat.

Tetamu lain yang hadir ialah Pengerusi Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) Sabah, Datuk Mohd Nazri Abdullah; Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) Sabah, Lahirul Latigu; Ahli Majlis Daerah Sipitang, Hashim Diris dan Lee Chun Kuang serta Presiden Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Daerah Sipitang, Sani Miasin.