KOTA KINABALU : Desakan Ketua Pemuda UMNO Sabah, Sufian Abdul Karim mencadangkan agar semua kes melibatkan pemimpin Barisan Nasional (BN) ketika pentadbiran Pakatan Harapan 2018 digugurkan adalah tidak masuk akal.
Pengarah Komunikasi Angkatan Muda Keadilan Sabah, Fekirie Gobet berkata, beliau mengingatkan di bawah kerajaan Perpaduan dipimpin Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan berkompromi terhadap rasuah apatah lagi menyalah gunakan kuasanya untuk menggugurkan kes.
Katanya, sebagai contoh Pengerusi Barisan Nasional (BN) merupakan Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin diarahkan membela diri oleh Mahkamah atas tiga pertuduhan rasuah Rm2.8juta.
“Maka dengan itu Bung Moktar perlu menghadapi pertuduhan tersebut sehingga Mahkamah memutuskan samada beliau bebas atau ke penjara.
“Suka ingin kami jelaskan kenyataan Perdana Menteri jelas kes digugurkan adalah kerana kecacatan dan pendakwaan yang terburu-buru,” katanya dalam
kenyataan hari ini.
Fekirie berkata, bukan bermakna tidak ada salah guna kuasa berlaku lebih-lebih lagi dengan kekayaan serta kemewahan luar biasa yang dimilikinya.
“Kami ingin memberitahu Pemuda UMNO untuk meninggalkan perangai lama di mana pemimpin politik campur tangan dalam kes-kes mahkamah bagi membebaskan rakan politik mereka.
“Di bawah kerajaan Madani, kita akan memberikan ruang seluas seluasnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Mahkamah serta mana-mana agensi menjalankan kerja mereka tanpa campur tangan politik,” Fekirie.
