TAWAU : Seorang wanita mengalami kecederaan di hidung serta lebam di bahagian pipi selepas dibelasah bekas suaminya dalam kejadian di sini khamis lalu.
Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Jasmin Hussin berkata, mengikut laporan diterima punca kejadian disebabkan berlaku perselisihan faham diantara mangsa bersama bekas suaminya.
Katanya, ekoran kejadian tersebut pihaknya menerima laporan mengenai semalam daripada mangsa berusia 30-an.
“Mangsa mendakwa dipukul sehingga mengalami luka di bahagian hidung serta lebam di pipi kemudiannya tampil membuat laporan polis.
“Polis berjaya mengesan serta menahan suspek berusia 40–an di hadapan sebuah restoran di Batu 5 Jalan Apas, jam 2.00 petang semalam,” katanya dalam kenyatan hari ini.
Jasmin berkata, suspek kemudiannya di bawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau untuk siasatan lanjut dan kes ini akan di bawah Seksyen 323/326A Kanun Keseksaan.
