Dr Maria Suleiman diumumkan Pengarah Kesihatan Negeri Sabah yang baharu

KOTA KIMABALU : Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Sabah (Bahagian Kesihatan Awam) Dr. Maria Suleiman dilantik sebagai Pengarah Kesihatan Negeri Sabah (PKNS) yang baharu.

Beliau menggantikan Datuk Dr.  Asits Sanna bersara wajib pada 4 Disember 2024 yang lalu.

Maria menerima watikah pelantikan daripada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz, pada 17 Disember 2024.

“Maria mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang Kesihatan Awam, pernah bertugas di Ibu Pejabat Kementerian Kesihatan Malaysia.

“Beliau merupakan pegawai penting dalam pengurusan wabak COVID-19 sekali gus berpengalaman dalam pengurusan kesihatan sama di luar negeri Sabah serta Malaysia Amnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.