KOTA KINABALU : Menteri Sumber Manusia Steven Sim akan membawa balik semula bakat ke Sabah antara agenda dibincangkan bersama Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Noor di sini semalam.
Steven menjelaskan kepada Hajiji, kementeriannya menerusi HRD Corp akan berusaha untuk membantu dalam hal berkenaan.
Perbincangan turut menyentuh topik cadangan agar Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) boleh mewujudkan pusat pemulihan untuk para ahlinya di Sabah.
