SANDAKAN : Seorang wanita mengalami penyakit sawan dipercayai terjatuh ke dalam air melalui lubang lantai rumahnya dalam kejadian di Jalan Buli Sim-Sim Jambatan 23, di Sandakan di sini hari ini.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah berkata, mangsa dikenali sebagai Nor Faezah Rizan Ensi, 34 tahun dilaporkan selamat kininberada dalam keadaan separuh sedar dalam kejadian jam 10. 24 pagi tadi.
Katanya, bagaimanapun mangsa kemudiannya berjaya diangkat keluarganya sebelum ketibaan Pasukan Bomba.
“Pasukan Bomba membawa naik mangsa ke atas daratan sambil dibantu oleh penduduk kampung.
“Mangsa diberikan rawatan awal pihak EMRS BOMBA seterusnya diserahkan kepada Ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sekali gus di hantar ke Hospital Sandakan untuk rawatan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Selepas memastikan tiada lagi bahaya wujud dikawasan kejadian operasi kemudiannya ditamatkan pada jam 10.55 pagi tadi.
