LABUAN : Semangat Perpaduan perlu diperkukukuhkan bagi memastikan kesejahteraan rakyat dan kestabilan negara terus terjamin.
Timbalan Pengerusi Perbadanan Labuan, Simsudin Sidek berkata, perpaduan merupakan benteng melindungi rakyat daripada perpecahan dan konflik serta pemangkin kepada keharmonian.
Katanya, penganjuran Karnival Kita MADANI adalah landasan terbaik dalam memperkukuhkan Perpaduan dan kesejahteraan rakyat di negara ini.
“Walaupun kita berbeza dari segi latar belakang aliran politik, budaya dan kepercayaan.
“Namun kita adalah dalam satu keluarga besar berkongsi satu negara untuk bersama sama untuk membina sebuah masyarakat yang progresif, inklusif dan harmoni”, katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Karnival Kita MADANI peringkat Wilayah Persekutuan yang diadakan di ruang legar Ujana Kewangan di sini, semalam.
Program Karnival Kita MADANI di anjurkan Jabatan Penerangan (JaPen) Labuan dengan kerjasama beberapa agensi kerajaan dan pihak swasta serta Pertubuhan Sukarelawan.
Antara pengisian dijalankan sepanjang karnival itu termasuklah pertandingan mewarna pelajar sekolah, pemeriksaan Kesihatan.
Selain itu, program derma darah, rurai daripada pelbagai agensi dan Jabatan Kerajaan serta penyerahan decoder MyTV Kepada komuniti terpilih.
Hadir sama, Pengarah Jabatan Penerangan Labuan, Azman Sipan.
