LABUAN : Ketua Pertubuhan Islam seluruh Sabah (USIA) Bahagian Labuan, Mohd Ali @Aliman Asmaran Mohammed Bledram sekali lagi diberi mandat menerajui USIA Bahagian Labuan bagi sesi 2024-2027.
Beliau dipilih sebulat suara ahli ahli perwakilan yang hadir pada Mesyuarat Agung Tahunan (Perwakilan)USIA Bahagian Labuan Kali ke 38, 2024 diadakan di sini semalam.
Mesyuarat tersebut telah dirasmikan oleh Naib Yang Di Pertua USIA Sabah, Datuk Prof Dr Kasim Mansur.
Empat jawatan yang turut dikekalkan ialah Timbalan Ketua USIA Bahagian, Sahari Amdan, Naib Ketua USIA Bahagian, Yahya Bakri, Pengerusi Tetap, Osman Matussin dan Timbalannya, Harris Abdullah.
Sementara itu bagi Jawatan Ketua Wanita USIA dan Ketua Belia USIA menampilkan muka baharu masing masing Dayang Sharifah Mahmud menggantikan Rohaini Awang Tengah tidak mempertahankan jawatan.
Ketua Wanita dan Ustaz Hasnizam Abdul Rashid dipilih sebulat suara sebagai Ketua Belia USIA yang baharu menggantikan Zainal Bungso.
Mesyuarat dijalankan dalam suasana harmoni itu turut memilih 9 Ahli Jawatan Kuasa (AJK) yang baharu masing masing, Prof. Dr. Harun Pudin. Mohammad @Abu Abdullah, Hassan Abdul Hamid, Ahmad Akil, Fatimah Salim, Suhaili Kadir, Abdul Samad Maidin, Mariani Lokman, Jamal Ijob dan Adnan Talipuddin.
Bagi Jawatan Pemeriksa Kira Kira Satu & Dua masing masing disandang Yussof Ahmad dan Hafizah Abdul Kadir.
Sementara itu, Mohd Ali yang disahkan sebagai Ketua USIA Bahagian sesi 2024-2027 turut nengumumkan pelantikkan semula Norila Lamat sebagai Setiausaha, Norazaimah Kassim sebagai Bendahari dan Jainudin Djimin sebagai Ketua Penerangan.