LABUAN : Kerajaan Persekutuan digesa supaya lebih komited dalam menangani isu gangguan bekalan air dan elektrik yang berpanjangan.
Pengerusi Dewan Perniagaan Tionghua Labuan (LCCC) Datuk Wong Kii Yii berkata Kerajaan Persekutuan perlu komited dan mengambil berat masalah yang dihadapi rakyat Labuan.
“Kerajaan Persekutuan dibawah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu komited dan mengambil tindakan yang lebih cepat bagi menyelasaikan masalah gangguan bekalan air dan juga bekalan elektrik yang semakin meruncing sejak akhir-akhir ini,” katanya kepada media di sini, hari ini.
Beliau berkata, keprihatinan Kerajaan Pusat amat dituntut kerana permasalahan tersebut kerap kali terjadi sehingga mendatangkan kegusaran kepada rakyat.
Pada masa sama, beliau menyarankan menteri atau timbalan menteri sentiasa turun padang ke Labuan membantu menyelesaikan permasalahan yang dihadapi oleh rakyat Labuan.
Beliau yakin dengan kekerapan menteri atau timbalan menteri turun padang ke Labuan dapat membantu membantu menyuarakan kepada Perdana Menteri atau kementerian yang berkaitan bagi menyelesaikan masalah yang menghantui rakyat Labuan.
Selian itu, katanya, Kerajaan juga perlu membantu merancakkan semula sektor ekonomi serta sektor sektor lain di pulau ini.
