ESSCOM teruskan ,Tiada Hari Tanpa Operasi

LAHAD DATU: Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) terus menterjemah hasrat ‘Tiada hari Tanpa Operasi’ melalui pelaksanaan Operasi Bersepadu di Daerah Lahad Datu demi keselamatan dan kepentingan masyarakat di Zon Selamat Sabah Timur (ESSZone).

Operasi Bersepadu yang dilaksanakan mulai 23 Ogos dan berakhir pada 24 Ogos 2023 itu dikoordinasikan dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), agensi penguatkuasaan Persekutuan/ Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan.

Komander ESSCOM DCP Victor Sanjos berkata operasi dijalankan sebagai jaminan pemeliharaan keselamatan awam serta memastikan kesejahteraan penduduk setempat di ESS Zone berada pada tahap yang terbaik.

Katanya Operasi Bersepadu ini dilaksanakan di sekitar kawasan pasar umum serta penempatan berhampiran bandar dan pinggir bandar Lahad Datu bertujuan membanteras penyeludupan barang kawalan, bersubsidi, tidak bercukai serta mengekang penyusupan pendatang asing tanpa izin (PATI).

Sepanjang tempoh operasi, sejumlah 870 pemeriksaan fizikal terhadap orang, 70 kenderaan darat serta 315 rumah dan premis telah dilaksanakan, katanya dalam satu kenyataan l, hari ini.

Beliau berkata Daripada jumlah tersebut, seramai empat PATI warganegara Indonesia dan Filipina telah ditangkap dan diserahkan kepada Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Lahad Datu atas kesalahan di bawah Seksyen 51(5)(b), Akta Imigresen 1959/63 untuk tindakan lanjut.

Manakala, sebanyak lima keping saman trafik dikeluarkan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu atas pelbagai kesalahan lalu lintas.

Di samping itu, katanya, empat kompaun telah dikeluarkan dan sebanyak dua kereta disita oleh Majlis Daerah Lahad Datu atas kesalahan tidak memiliki lesen perdagangan dan pengendalian makanan.