KOTA KINABALU: Kira-kira 95 peratus anggota tentera di Sabah sudah menerima suntikan vaksin COVID-19, kata Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Ismail Sabri yang juga Menteri Pertahanan berkata jumlah itu melibatkan 10,400 daripada kira-kira 11,000 anggota tentera yang bertugas di Negeri di Bawah Bayu yang menerima sama ada dos pertama atau sudah melengkapkan kedua-dua dos.
“Kita lihat peratusan anggota tentera di Sabah yang telah menerima suntikan vaksin adalah amat tinggi. Secara keseluruhannya, sekitar 95 peratus anggota tentera (merangkumi) semua perkhidmatan iaitu tentera darat, tentera udara dan tentera laut sudah pun divaksinasi.
Turut hadir Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Affendi Buang, Panglima 5 Divisyen Mejar Jen Datuk Mohd Halim Khalid dan Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah Shahelmey Yahya.
Program sehari itu melibatkan 66 petugas termasuk empat pegawai perubatan dan 32 petugas kesihatan, dengan sebanyak tiga saluran kenderaan dan enam stesyen untuk vaksinasi disediakan.
Ismail Sabri berkata Sabah adalah lokasi ketiga bagi pelaksanaan vaksinasi secara pandu lalu selepas kejayaan projek rintis di Kem Perdana Sungai Besi dan Kem Muara Tuang di Sarawak masing-masing dijalankan pada 8 dan 19 Jun lepas.
– BERNAMA