LABUAN: Seramai 9,000 atau sembilan peratus penduduk di Wilayah Persekutuan Labuan di kesan mengidap penyakit Vertigo.
Pegawai Perubatan Pakar Hidung, Telinga dan Tekak (ENT), Hospital Labuan, Dr Arthur Wong berkata Vertigo adalah ilusi palsu diri sendiri, persekitaran, atau kedua duanya bergerak atau berpusing, biasanya disertai dengan loya dan hilang keseimbangan badan.
“Vertiga terjadi disebabkan keadaan yang menjejaskan bahagian dalalm telinga atau sebahagian daripada otak manusia yang melibatkan keseimbangan badan. Ia dikenali sebagai Benign Paroxysmal Positional Vertigo (BPPVM),” katanya pada temu bual dalam Program Bicara Ekslusif di Labuan FM, semalam.
Selain itu, katanya, masalah itu sering dihadapi oleh wanita iaitu dua kali ganda berbanding lelaki.
“Bagaimanapun masalah Vertigo tidak mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan seperti penyakit kanser namun ia memerlukan rawatan terutamanya kepada mereka yang berusia 50 tahun keatas kerana ia boleh menyebabkan 10 kali ganda untuk mudah jatuh,” katannya.
Menurut Dr Arthur, Vertigo boleh menyebabkan kehidupan normal seseorang bertukar menjadi beban kerana ia boleh menganggu aktiviti harian sukar untuk berdiri atau berjalan.
Justeru itu, katanya, pesakit atau mereka yang berisiko perlu mengamalkan gaya hidup sihat bagi mengelak daripada serangan Vertigo berlaku.
“Mereka yang menpunyai tanda tanda Vertigo dinasihatkan supaya segera berjumpa dengan doctor pakar bagi mengelakkan penyakit tersebut menjadi lebih serius,” kata Dr Arthur.