80 penempatan setinggan dirobohkan, tiga PTI warga Filipina ditahan

KOTA KINABALU : Sejumlah 80 buah rumah setinggan dirobohkan menerusi OP Pendatang Tanpa Izin (PTI) Bersepadu Mega di kawasan penempatan di sekitar ibu negeri di sini hari ini.

Operasi bermula jam 10 pagi hingga 3 petang ini membabitkan Polis Kota Kinabalu bersama agensi penguatkuasaan menahan tiga wanita PTI warga filipina dan akan disiasat di bawah seksyen 6(1)(c) dan seksyen 51(c) akta imigresen 1959/63.

Antara agensi penguatkuasan lain terlibat termasuk, Pasukan Gerakan AM (PGA), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Sukarelawan Malaysia (RELA), Angkatan Pertahanan Awam (APM) serta Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK).

Selain itu operasi selama lima jam ini turut disertai Jabatan Ketua Menteri (JKM), Sabah Eletricity Sdn Bhd, (SESB), Jabatan Air Negeri Sabah (JANS), Jabatan Tanah dan Ukur (JTU) serta Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).