36,432 calon SPM 2020 di Sabah

Pengarah Pendidikan Negeri Sabah Datuk Dr. Mistirine Radin (Gambar fail)

KOTA KINABALU: Seramai 36,432 calon menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 dan 738 calon Sijil Vokasional Malaysia (SVM) di Sabah esok.

Pengarah Pendidikan Negeri Sabah Datuk Dr. Mistirine Radin berkata, bagi calon SPM, seramai 33,453 calon dari sekolah kerajaan, manakala seramai 1,297 calon dari sekolah swasta dan 1,682 calon persendirian.

Menurutnya, sebanyak 314 pusat peperiksaan di buka untuk SPM dan tujuh pusat untuk SVM di seluruh Sabah.

Katanya, peperiksaan SPM dijadualkan bermula pada 22 Februari hingga 25 Mac 2021.

“Calon SVM Semester 1 mula menduduki peperiksaan pada 22 hingga 25 Februari manakala SVM Semester 2 bermula 8 hingga 19 Mac 2021,” katanya dalam kenyataan di sini.

Beliau berkata, sebanyak 24 Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dengan 5,305 petugas terlibat dengan peperiksaan SPM dan 88 petugas untuk SVM di seluruh Sabah.

SabahNewsToday

Leave a Reply