KOTA KINABALU : Seramai 14 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dihantar balik ke negara asal selepas selesai menjalani hukuman di negeri ini.
Menurut kenyataan dikeluarkan Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sabah daripada jumlah itu 13 orang lelaki warganegara China manakala seorang wanita merupaka warganegara Kenya.
“PATI dipindahkan ini dipercayai dengan munasabah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155).
“Disamping itu mereka juga melalukan kesalahan mengikut Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 kerana masuk ke negara ini tanpa pas atau permit yang sah selain tinggal lebih masa,” kata kenyataan itu di sini semalam.
Menurutnya,kesemua PATI tersebut selesai menjalani hukuman penjara dan diperuntukkan proses pemindahan balik ke negara asal atas program pembiayaan sendiri.
“Jabatan Imigresen Negeri Sabah tidak akan berkompromi dengan mana-mana warganegara asing yang menyalahgunakan pas serta kemudahan yang telah diberikan.
“Tindakan pendakwaan akan dikenakan kepada majikan serta pemilik premis menggaji warganegara asing tanpa dokumen perjalanan dan pas yang sah,” jelas kenyataan itu.
Sehubungan itu, mana-mana individu melakukan pelanggaran ke atas syarat pas atau permit seperti termaktub di bawah Akta 155 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.