13 Rumah Mesra SMJ fasa pertama DUN Apas siap dibina – Nizam

TAWAU : Sebanyak 13 Rumah Mesra SMJ di bina di Dewan Undangan Negeri (DUN) merupakan inisiatif Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Noor membantu rakyat kurang berkemampuan untuk memiliki kediaman sendiri.

Pembantu Mentari Kepada Ketua Menteri, Datuk Nizam Abu Bakar berkata, rumah SMJ diberikan secara percuma membantu rakyat terutama kepada mereka tidak mampu membina rumah di tanah sendiri berikutan masalah kewangan.

Katanya, usaha ini akan diteruskan bagi membolehkan lebih ramai rakyat dikategorikan dalam e-Kasih dibantu sekali gus mengeluarkan senarai miskin tegar.

“Visi pandangan jauh Ketua Menteri harus dipuji kerana kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS)-Pakatan Harapan (PH Plus) mempunyai hala tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) sangat jelas.

“Kita melihat pendekatan Ketua Menteri cukup baik dan rakyat seharusnya memberi sokongan kepada setiap agenda serta pembangunan dirancang pihak kerajaan negeri pada hari ini,” katanya di sini semalam.

Mengulas mengenai Rumah SMJ Nizam merupakan ADUN Apas berkata, pihaknya sudah menyerahkan semua rumah siap tahun ini kepada pemohon sedia ada.

“Semua Rumah SMJ diserahkan tahun ini merupakan permohonan awal sejak projek ini dilancarkan pada September 2022 lalu.

“Setakat ini beberapa rumah yang hampir siap serta sedang dalam pembinaan akan diserahkan kunci rumah kepada pemohon dalam tempoh terdekat,” jelas Nizam.

Menurutnya, kerajaan menyediakan peruntukkan RM120 juta setahun sejak tahun 2022 membina 1,500 ini manakala  20 unit disediakan setiap DUN di Sabah dianggarkan bernilai RM80,000 seunit.