TAWAU : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebatik, Datuk Hassan A Gani Pg.Amir melakukan Ziarah Kasih ke Kampung Sg.Udin dan Kampung Brantian dalam kawasan Gugusan Umas, di sini semalam.
Kunjungan ini bagi menyampaikan sumbangan kepada golongan yang memerlukan terutamanya orang kelainan upaya (OKU), balu dan warga emas.
Hassan berharap dengan sedikit sumbangan dan bantuan, usaha itu dapat membantu meringan beban keluarga penerima.
Beliau diiringi oleh Ahli Jawatankuasa Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Bahagian Sebatik, Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Sebatik dan HastTeam Sebatik.