RANAU : Sembilan orang selamat selepas van nissan mereka naiki bertembung dengan sebuah Lori Treler membawa muatan tiang konkrit di Jalan Kinabalu Park Kundasang di sini semalam.
Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut pada jam 2.37 petang.
Katanya, terdapat sembilan orang mangsa tersepit didalam van terbabit tersepit berjaya dikeluarkan oleh Pasukan Bomba dengan menggunakan peralatan Hydraulic Power Unit.
“Kesemua penumpang didalam van terbabit berada dalam keadaan selamat manakala pemandu lori treler tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan.
“Pemandu van mengalami cedera ringan di hantar ke Hospital Ranau menggunakan kenderaan Ambulans pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk menerima rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan media hari ini.
Menurut kenyataan tersebut, bomba bersama lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Ranau tiba di lokasi kejadian pada jam 2.53 petang.
“Jarak lokasi kejadian iaitu 20 kilometer, selepas memastikan tiada bahaya lain yang wujud operasi kemudiannya ditamatkan pada jam 3.15 petang,” jelas kenyataan tersebut.
