PUTRAJAYA: Ketua Pengarah Imigresen yang baharu Datuk Ruslin Jusoh berkata beliau akan memberi berkata kerjasama penuh diberikan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), berhubung siasatan kes pegawai agensi penguatkuasa Imigresen yang ditahan disyaki terbabit sindiket penyeludupan pendatang asing dari Filipina ke Semenanjung.
Beliau berkata pihaknya tidak akan berkompromi, sekiranya pegawai berkenaan didapati bersalah namun menyerahkan kepada pihak SPRM, untuk menjalankan siasatan berhubung perkara itu.
“Kita akan mengambil tindakan tegas termasuk buang kerja, sekiranya mereka didapati bersalah selepas menjalani proses perundangan,” katanya.
Media sebelum ini melaporkan lima pegawai Imigresen antara sembilan individu direman enam hari, bagi membantu siasatan berhubung sindiket menyeludup keluar pendatang tanpa izin melalui Lapangan Terbang Tawau, Sabah.
Pegawai berkenaan dikatakan menerima wang suapan antara RM100 hingga RM3,000 bagi setiap pendatang tanpa izin daripada sindiket, sebagai dorongan untuk melepaskan mereka menggunakan MyKad milik orang lain.
