TAWAU : Tiga lelaki bersama seorang wanita ditahan selepas disyaki terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah di sekitar bandar Tawau, di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Jasmin Hussin berkata, siasatan awal mendapati suspek lelaki bersama wanita warga tempatan berusia antara 29 dan 35 tahun itu, berjaya ditahan sekali gus mengesan dua lagi suspek di sekitar jalan Kalabakan, jam 3.00 pagi semalam.
Katanya, hasil pemeriksaan terhadap kedua-dua warga asing berumur lingkungan 20 hingga dan 40 tahun.
“Kedua-dua lelaki terbabit bekerja sebagai buruh ladang ditemukan satu bungkusan plastik lutsinar disyaki mengandungi dadah jenis syabu seberat 503.70 gram dianggarkan bernilai hampir RM17,000.
“Pihak polis merampas sebuah kunci kereta Perodua Bezza yang dikenal pasti digunakan suspek dalam kegiatan ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Jasmin berkata, kesemua suspek bersama barang rampasan tersebut dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau serta akan disiasat dibawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
“Hasil ujian saringan air kencing mendapati kedua-dua suspek lelaki warga asing ini positif dadah jenis syabu.
“Manakala kedua-dua suspek lelaki serta wanita warga tempatan itu negatif dari sebarang jenis dadah,” kata Jasmin.
Menurutnya, polis kini sedang menjalankan siasatan bagi memastikan rangkaian pengedaran dadah ini dapat ditangani sepenuhnya.
