Oleh: Prof Madya Dr Lee Kuok Tiung
Terkini: Susulan dua ADUN tinggalkan WARISAN.
Keadaan politik di Sabah ini berteras kepada politik pembangunan yang menyebabkan rata-rata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mahu berada di pihak parti memerintah atau kerajaan memerintah.
Saya kira itu antara sebab mendorong kedua-dua ADUN terebut meninggalkan Warisan untuk menubuhkan parti baharu yang mesra kerajaan pimpinan GRS.
Kekuatan parti Warisan Sabab sebenarnya adalah terletak pada identitinya sebagai sebuah parti lokal di negeri Sabah.
Begitupun setelah Warisan mengembangkan sayap mereka ke Semenanjung, saya percaya ia sedikit-sebanyak menimbulkan ketidakselesaan kepada sesetengah pihak di dalam parti berkenaan di samping kos perbelanjaan pengurusan parti sudah pastinya bertambah berat (berlipat ganda) bila semakin besar.
Darell Leiking dan Junz Wong masing-masing meninggalkan PKR dan DAP untuk menyertai Datuk Seri Shafie Afdal menubuhkan parti Warisan pun dengan alasan (atas sebab) parti lokal Sabah.
Tindakan terbaharu ADUN Melalap, Datuk Peter Anthony dan ADUN Limbahau, Datuk Juil Nuatim itu telah menjadikan keseluruhannya sudah lima orang ADUN Warisan meninggalkan parti berkenaan selepas kegagalan Warisan plus mempertahankan kerajaan negeri Sabah selepas Pilihan Raya Negeri Sabah 2020.
Begitupun dengan 17 ADUN Warisan atau 27 ADUN Warisan plus secara umumnya masih merupakan pembangkang yang kuat dalam DUN Sabah.