KUNAK: Rakyat Sabah bertanya berkaitan status negeri mempunyai ladang ‘Kelapa Sawit’ terbesar di Malaysia tetapi gagal mendapatkan bekalan minyak masak yang mencukupi.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Norazlinah Arif, berkata di Sabah, isu kekurangan bekalan minyak masak bersubsidi memberi kesan besar apabila Sabah mencatatkan jumlah kemiskinan tertinggi di Malaysia mengikut statistik dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia.
Katanya, kerajaan perlu serius mencari jalan penyelesaian bagi membantu rakyat khususnya mengatasi masalah ini dalam tempoh terdekat.
“Rakyat akan bertanya, bagaimana sebuah negara seperti Malaysia merupakan salah satu pengeluar terbesar dunia, tidak mampu menyediakan lebih banyak minyak masak subsidi?.
“Kerajaan perlu serius mencari jalan penyelesaian bagi membantu rakyat selesaikan masalah ini secepat mungkin.
“Rakyat akan terus merana jika masalah ini tidak mendapat tumpuan dari kerajaan dengan segera,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam kenyataan media hari ini.
Norazlinah berkata, rakyat akan terus merana jika masalah berlarutan dalam masa sama apabila kerajaan gagal menyelesaikan masalah ini.
“Rakyat mulai lega selepas dua tahun menjalani kekangan pergerakan akibat pandemik COVID-19 memberikan kesan negatif kepada ekonomi mereka.
“Kelegaan itu tidak bertahan lama negara kini dilanda sebuah lagi masalah apabila dengan harga barangan naik secara mendadak,” katanya.
Menurut Norazlinah, bekalan minyak masuk sukar didapati malah dikenalpasti naik secara mendadak sekali gus membebankan rakyat terutama di kawasan luar bandar.