Remaja dilaporkan hilang sejak Jumaat lalu ditemui selamat pagi tadi

TAWAU : Polis mengesahkan remaja perempuan berusia 15 tahun dilaporkan hilang sejak Jumaat lalu ditemui selamat, di sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Tawau ACP Jasmin Hussin berkata, remaja berkenaan ditemukan di kawasan Kampung Jawa, Jalan Tengku Osman pada 1 pagi.

“Remaja terbabit sekarang berada di Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau untuk diambil keterangan dan siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.