Pertandingan Bubu Ketam disenaraikan acara tahunan Kampung Bebuloh Labuan

LABUAN : Seramai 142 orang penduduk kampung Bebuloh menyertai Pertandingan Membubu Ketam sempena Pesta Buloh, di sini semalam.

Program merupakan anjuran bersama Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung (JPKK) bersama Jabatan KEMAS Labuan dirasmikan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Mohd Sukuran Taib.

Pengerusi JPKK Bebuloh Kamal Ariffin Khalidin berkata, program ini mendapat sambutan penduduk kampung sekali gus dijadikan sebagai aktiviti tahunan Kampung Bebuloh.

“Program ini kita akan cadangakan diangkat sebagai aktiviti tahunan untuk mempromosikan Kampung Bebuloh sebagai kawasan tarikan pelancongan serta mampu menyediakan pelbagai produk pelancongan yang menarik.

“Program ini berupaya menyatupadukan kerjasama kalangan penduduk kampung sekali gus berupaya menarik minat pelancong berkunjung ke kampung ini,” katanya di sini semalam.

Pertandingan selama tiga jam itu, dimenangi Aimee Umar, menerima hadiah wang tunai RM400.

Tempat kedua serta ketiga Syawal Naim dan Qawie Jawawi masing-masing menerima wang tunai RM300 dan RM200.

Hadiah disampaikan Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan dan Seni Budaya (MOTAC) Labuan, Khairul Amin Abdul Rashid.