Perancang culik untuk tebusan Abu Sayyaf di ESSZone ditembak mati

Datuk Hazani Ghazali

TAWAU (Bernama): Sub-komander Abu Sayyaf, Apo Mike, yang juga perancang utama kegiatan penculikan untuk wang tebusan di perairan Sabah, ditembak mati oleh pasukan keselamatan Filipina, semalam.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hazani Ghazali ketika dihubungi Bernama mengesahkan perkara itu dan berkata pihaknya masih menunggu laporan lengkap mengenai kejadian berkenaan.

“Sah, (Apo Mike) ditembak mati di Barangay Kalupag Island di Languyan, Tawi- Tawi (Filipina) oleh pasukan keselamatan Filipina,” katanya.

Apo Mike atau nama sebenarnya Majan Sahidjuan merupakan antara 21 penjenayah dikehendaki Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) kerana aktif melakukan jenayah rentas sempadan termasuk penculikan di Zon Selamat Timur sabah (ESSZone).

SabahNewsToday

Leave a Reply