25 C
Kota Kinabalu
Tuesday, March 21, 2023

Pemandu marah rakan potong barisan, nekad rempuh 3 kenderaan

Kota Kinabalu: Berang dengan rakan yang memotong barisan untuk menunggu pelanggan didakwa menjadi punca seorang pemandu kereta Airport Limo nekad merempuh tiga kenderaan dalam kejadian di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari itu, lelaki berusia awal 60-an terbabit dikatakan bertindak demikian bagaimanapun bernasib baik ia tidak membabitkan kemalangan jiwa atau kecederaan disiarkan dalam portal Harian Metro.

Rakaman kejadian berdurasi hampir satu minit itu tular di laman sosial.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Superintendan George Abd Rakman ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

Katanya, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenalpasti punca kejadian untuk tindakan selanjutnya.

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="SabahNewsToday" twitter="@SabahNewstodayN" youtube="#" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333"]
Iklan

Latest Articles