Pelantikan Ketua Adat, jawatan lain di kampung di Sabah tidak melambangkan Kerajaan Perpaduan – Jeffrey Nor

KOTA KINABALU: Kenyataan Kerjasama Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Pakatan Harapan (PH) mesti dibuktikan dengan perkongsian pelantikan Ketua Adat di Sabah serta beberapa jawatan lain di peringkat kampung.

Pengarah Jabatan Pilihan Raya UMNO Negeri Sabah, Jeffrey Nor Mohamed berkata beliau mewakili UMNO Sabah agak sedikit kecewa sepertimana diluahkan oleh Presiden Pertubuhan Kinabalu PRogresif Bersatu (UPKO) Datuk Ewon Benedick berkaitan pengagihan jawatan di daerah serta di peringkat akar umbi.

Katanya, bagi memberi kefahaman tentang isu lantikan dibawah Kerajaan Negeri secara asasnya adalah diberikan dalam kalangan parti politik yang membentuk Kerajaan Negeri.

“Biar pun kami UMNO dan Barisan Nasional (BN) Sabah ada juga yang dilantik sebagai Pembantu Menteri serta Pengerusi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) namun itu adalah dibawah bidang kuasa Ketua Menteri.

“Sekali lagi saya jelaskan senarai nama tersebut bukan hadir dari UMNO Sabah ataupun mewakili BN Sabah.

“Sehingga kini saya sahkan hanya tinggal empat sahaja Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) yang masih dipimpin oleh UMNO manakala selebihnya sudah diberhentikan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Jeffrey Nor merupakan Ketua Bahagian UMNO Putatan berkata, UMNO dan BN tidak mempertikaikan lantikan jawatan-jawatan tersebut namun tidak melambangkan Kerajaan Perpaduan seperti berlaku di peringkat persekutuan.

“Sudah tentu, kami berkongsi perasaan kecewa sama seperti luahan Presiden UPKO.  Semua mengetahui pembayaran elaunnya ini datangnya dari Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).

“Menterinya adalah Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. Keputusan cadangan menamakan ahli Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) sudah tentu mesti mengikut Kerajaan Perpaduan di Persekutuan,” jelasnya.

Jeffrey Nor berkata, tetapi apa yang berlaku masa kini semua cadangan nama tersebut tidak dipersetujui sepertimana yang ditetapkan oleh Kerajaan Perpaduan.

“Saya juga ingin mendengar adakah kerajaan negeri pada masa ini hanya ‘two way’ sahaja iaitu GRS dan PH atau saja atau ianya Kerajaan Perpaduan.

“Sebelum ini jelas kerajaan perpaduan hanya tinggal slogan di Sabah, kelihatan pelantikan jawatan hanya dilihat melibatkan GRS dan PH sahaja,” tegas Jeffrey Nor.

Beliau menambah hanya perlantikan JPKK dibawah KKDW dan sebab itu ada kerajaan negerinya pembangkang tetapi ada lantikan JPKK dibawah Persekutuan.

Katanya perbezaan diantara lamtikan JPKK dan ketua adat dimana ketua adat ini bayaran elaunnya dari kerajaan negeri manakala JPKK sebenarnya dari Persekutuan.