Pelajar wanita maut, motosikal terbabas

KOTA KINABALU: Seorang pelajar perempuan maut manakala sepupunya parah sejurus motosikal ditunggang terbabas.

Dalam kejadian jam 6 petang semalam, mangsa berusia 17 tahun ditemui orang ramai berhampiran Kampung Lokub, Jalan Sepanggar, di sini.

Difahamkan mangsa meninggal dunia selepas lebih enam jam mendapatkan rawatan di Hospital Likas, akibat parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, siasatan polis mendapati mangsa dan sepupu lelaki berusia 17 tahun dalam perjalanan menuju ke Sepanggar di sini.

“Ketika tiba berhampiran Kampung Lokub, motosikal ditunggang mangsa hilang kawalan lalu terbabas ke kiri jalan.

“Kedua-dua mangsa terbaring di bahu kiri jalan dalam keadaan separa sedar dan berlumuran darah. Kedua-dua mereka kemudian dibawa ambulans ke Hospital Likas untuk rawatan lanjut,” kata dalam laporan Metro online.

Menurutnya, pembonceng motosikal disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Likas.

Mohd Zaidi berkata, siasatan masih diteruskan dan kes disiasat mengikut 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 198