Pekerja hotel di Sandakan terlepas hukuman gantung mandatori, Mahkamah Tinggi lepas dan bebaskan dari tuduhan dear dadah

SANDAKAN : Seorang pekerja hotel di sini terlepas hukuman gantung mandatori selepas Hakim Mahkamah Tinggi Sandakan hari ini melepas dan membebaskannya daripada pertuduhan mengedar dadah kira-kira tiga tahun lepas.

Hakim, Celestina Stuel Galid membuat keputusan itu selepas pihak pembelaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap pertuduhan di akhir kes pembelaan.

Sebelum itu, Mohd Azmie Indra, 31, telah menjalani perbicaraan di Mahkamah Tinggi Sandakan pada 21 Mac 2023 dan dipanggil membela diri melalui perbicaraan pada 14 September 2023 di mana pihak pendakwaan telah memanggil lima saksi manakala pihak pembelaan memanggil enam saksi.

Azmie diwakili Peguam, Hamida Ambo dari Messrs Ambo&Co. Manakala pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwaraya, Sofia S. Sawayan.

Berdasarkan fakta kes, Azmie telah ditahan kira-kira pukul 1 petang pada 8 Februari 2020 di tepi bangunan kawasan tempat kerjanya di Sandakan dan dituduh mengedar sejumlah 1,350.8 gram dadah jenis Cannabis.

Sebelum kejadian, Azmie telah menerima panggilan dari pihak kurier yang mahu menghantar bungkusan kepadanya atas nama orang lain. Pada ketika itu, nombor telefonnya telah didaftarkan pada bungkunsan tersebut.

Susulan itu, Azmie telah ditahan di lokasi berkenaan dan siasatan kemudian dijalankan dan pihak pendakwaan juga telah gagal menimbulkan kes prima facie.

Pertuduhan dibawah Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.