24 C
Kota Kinabalu
Wednesday, March 22, 2023

Patui SOP edar bakul makanan elak jangkitan COVID-19

TAWAU: Langkah berjaga-jaga terus diperketatkan bagi mengelak jangkitan COVID-19 ketika menyerahkan kempen Bakul Bantuan Makanan di daerah ini.

Ahli Parlimen Tawau, Datuk Christina Liew berkata, kempen itu di bawah anjuran Kesejahteraan Rakyat Negera dan Pakej Pemulihan Ekonomi (Pemulih).

Katanya, ini merupakan salah satu cabaran yang perlu dihadapinya bersama kumpulannya daripada Pusat Perkhidmatan Parlimen Rakyat Tawau.

“Untuk mengelakkan kontak rapat,  penerima daripada kelompak masyarakat dijangkiti, kami akan meletakkan bakul makanan di lokasi tertentu untuk mereka terima.

“Selain itu, kebolehcapaian dan logistik turut menjadi cabaran, memandangkan jumlah penduduk yang menerima sumbangan tinggal di kawasan yang terpencil,” katanya.

Beliau kepada demikian kepada media selepas menghulurkan bakul makanan kepada komuniti Islam di Masjid Kampung Hj Sundu, di sini semalam.

Christina berkata, pihaknya akan bergerak ke masjid untuk mengedarkan bantuan makanan kepada Ahli Jawatankuasa Masjid atau wakil mereka.

“Kali ini, kami telah mendaftarkan 20 buah masjid sebagai penerima bantuan bakul makanan di bawah PEMULIH. Pengedaran kami menepati waktu dengan perayaan Hari Raya Aidladha. 

“Sebelum ini, kami telah mengedarkan sebanyak 323 bakul makanan kepada 16 komuniti gereja di Sri Tanjung dan Balung,” katanya.

Sehingga kini sebanyak 600 bakul makanan telah diedarkan kepada masjid di sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Apas dan Balung

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="SabahNewsToday" twitter="@SabahNewstodayN" youtube="#" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333"]
Iklan

Latest Articles