Musa Aman mengadakan lawatan singkat Ke Negara Brunei Darussalam

BRUNEI : Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Musa Aman berangkat ke Negara Brunei Darussalam bagi mengadakan lawatan singkat, hari ini.

Pesawat khas membawa beliau dan isteri, Toh Puan Faridah Tussin berlepas melalui Terminal Dua Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu pada jam 10.57 pagi tadi.

Mengiringi beliau di lapangan terbang ialah Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Mohd Ariffin Mohd Arif, Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah Datuk Seri Kadzim M Yahya dan Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Nizam Abu Bakar Titingan.

Semasa di Negara Brunei Darussalam, Tun Musa serta Toh Puan Faridah mengadap Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah dan isteri Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha di Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan kira-kira jam 11.55 pagi.

Tun Musa dan Sultan Hassanal Bolkiah mempunyai hubungan persahabatan yang sangat erat.

Beliau serta rombongan kemudian berlepas balik dan tiba di ibu negeri pada jam 3.20 petang.